Friday

Insaf seketika.. bila..



Terbaca papan tanda. Setiap makhluk yang hidup pasti akan merasai mati

Thursday

Perjalanan yang masih jauh

Hari semakin hari kita semakin dewasa. Meniti arus dari zaman ke zaman. Zaman kanak2, ke zaman sekolah , kini zaman pekerjaan dan yang akan datang dan dekat sekali menamatkan status bujang. Bila memikirkan hutang beljar yang masih keliling pinggang. Mati la yob, mana nak cari duit banyak-banyak, nak pinang anak dara orang.

Bila di tanya kawan aku yang masih bujang lagi , pasti semua akan menggeleng kan kepala. Duit hantaran sekrang semakin mahal. Banyak yang tak perlu daripada yang perlu. Sebab itu lelaki sekarang masih memilih untuk  membujang dan membina kerjaya. Namun yang menjadi masalah adalah wanita juga yang akan terpaksa menunggu. Ibu bapa wanita yang sudah bekerjaya namun masih tidak mempunyai calon suami, pasti akan dileteri ibu bapa mereka. Terpaksa tahan telinga bila balik kampung, jiran tetangga pulak mula menyibuk mengumpat anak dara orang lain tak laku.

Tidak dinafikan ada juga lelaki yang mampu untuk mendirikan rumah tangga setelah setahun bekerja. Mungkin rezeki mereka. Namun aku percaya, jika jodoh kita sudah ditakdirkan dan sudah sampai seru untuk berkahwin. InsyAllah akan mempermudahkan urusan kita. Namun, bagi aku adalah perjalananku masih lagi jauh, masih bayk lagi yang harus aku kejar. Tapi, aku percaya kita perlu merancang sebaik2nya perjalanan hidup kita agar kita sendiri mencapai aa yng kita hajatkan. Dunia dan akhirat perlu seimbang.

Sebb itu aku kata perjalanan hidup ini masih jauh kerana masih ada satu alam yang menunggu kita.

Wednesday

Ipad 3 bakal keluar pada bulan March

Rumors kuat mengatakan ipad 3 bakal pada bulan hadapan, mungkin kerana Samsung telah mengeluarkan pelbagai produknya yang terbaru. Kini tiba pula Apple untuk mengeluarkan Ipad terbaru mereka. Yang jelas dan nyata, camera pada ipad 3 akan lebih baik dari ipad 2. Resolution pada ipad 3 akan lebih cantik dari sebelumnya screen resolution  2048 x 1536.. Processornya akan lebih laju. 3 ciri yang wajib perlu ada pada ipad3 jika apple ingin terus menguasai dunia tablet .

Yang pastinya, pada hari pertama Ipad3 dijual di Malaysia. Pasti aku antara orang paling risau, sebb mesti ada yang tak puas hati bila tak dapat beli dan mula marah2 company aku(company aku kerja, bukan company bapak aku punya).. hahaha. Setiap minggu akan ada event tuk jual ipad3.

So kena get ready la ni.. mental dan fizikal

Just want share

iPad 3 Mock Illustration (You Can Embed This)

iPad 3 Illustration

Malaysia vs Japan

Seperti telah diduga, Malaysia telah tewas di tangan Jepun. Walaubagaimanapun pujian harus dirikan kepada pemain Malaysia yang bertungkus lumus mempertahankan gawang Malaysia.

Tuesday

Tahniah kepada Pak nil kerana dilantik sebagai Senator Dewan Negara


Semoga perlantikan pak nil bakal membuka ruang kepada penggiat seni tanah air untuk terus berkarya. Cukup dengan ilmu dan asam garam dalam seni tanah air, ia di harap mampu memimpin dan mewakili penggiat seni tanah air.  

Tahniah Aznil Hj Nawawi

Selepas Tan Sri Jins Shamsuddin, tiada lagi setakat ini suara-suara daripada penggiat seni kedengaran di dalam Dewan Negara. Kesenyapan tanpa suara seorang Senator daripada kalangan warga seni seharusnya dilihat daripada perspektif serius, tambahan pula industri kreatif tanah air memerlukan suntikan semangat selain suntikan dana kewangan setiap tahun.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang.

“Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

“Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia,” katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.

Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam. Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

“Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.

“Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

“Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.

“Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan,” katanya.

Saturday

Masih ingatkah anda Ted William pengemis yang memiliki Suara emas

Ted William merupakan sebahagian masyarakat gelandangan yang tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal. Beliau hanya meminta sedekah melalui suara emas di tepi-tepi jalan.











Setelah video lelaki ini tersebar luas ke internet. Beliau akhirnya ditawarkan pekerjaan sebagai DJ di NBC.

Wednesday

Invisible clothes .. make u more look sexy

 Smart giler klo ada sweather cam ni.. aku pun leh nampak kurus

Lunch @Hotel Berjaya TimES sQUARE 2011

Berkongsi cerita pasal aktiviti 2011.

Abc ada aiskrim.
 Dessert setelah makan hampir tiga pinggan.
 Thanks to my brother for Blanja..
 Arman: When can i get my food?
 Damia pun nak main hp
 Pemandangan Penjara Pudu dari bilik hotel

Monday

Kelantan bakal gegar Stadium bukit jalil

 Di stadium Bukit Jalil. Jam baru pukul 7 ptg. Tapi padang sudah dipenuhi orang ramai.
 Gomo kelantan Gomo



 Penyokong pihak lawan
 Abg Shaz( nama manja) bukan nama sebenar


 Pengerusi Fam, Tengku Azzuddin sedang berbincang dengan pegawai-pegawai

 Man raja Lawak dan r2 sedang berpoco di tengah padang
 Seesi bertemu ramah dengan peminat. Masing2 tengah tunggu bila game nak start ni


 Muka abg ni sangt serious bila aku amik gambar. Ada sorang artis kat dalm gambar ni.. Cuba Teka siapa?


 Para pemain berbaris untuk keluar padang
 Seesi permanasan badan bermula
Wan Shamsuri (kacuk penang and kelantan) cuma melihat perlawanan dari tv tbs sahaja..

Sunday

my convocation day




Bilik sewa Pangsapuri seri malaysia, sg besi, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)

 Bilik tengah untuk disewa, boleh masuk 2 orang. 

 ada 3 bilik , 2 bilik air
 Pandangan dapur

Ruang tamu , ada sebuah tv




                                                             KEMASUKAN NOV 2011
ALAMAT:
PANGSAPURI SRI MALAYSIA FASA 1,
TINGKAT 4 UNIT :!!!!!
JALAN 3/141 KG MALAYSIA TAMBAHAN
57100 SG BESI K.LUMPUR

KEMUDAHAN :
 3 BILIK TIDUR – MASTER BADROOM – ADA BILIK AIR
 15 MINIT JALAN KAKI KE LRT TASIK SELATAN
 DEKAT SANGAT DENGAN TERMINAL SEPADU
 5 MINIT KE GIANT & 7E DESA PETALING
 PARKING KERETA DAN MOTOR YG LUAS DAN SELAMAT
 PERSEKITAN RUMAH YG BERSIH DAN SELESA
 SEBELAH HGWAY BESRAYA DAN DESA PETALING
 4 LIF YG BEROPERASI
DEPOSIT :
1. Sebulan Deposit + sewa umah RM300
2. Deposit Air RM50
3. Deposit Api RM 50
4. Deposit Utiliti (Mtnant ) RM 25
JUMLAH KESELURUHAN = RM 425
BERMINAT CALL – 019-3694979

Incoming search terms:




Tuesday

Mak cik pengutip barang lusuh yang telah menyelamatkan kanak2 yang dilanggar 2 kali di China



Ibu kepada kanak-kanak yang dilanggar dua kali sujud kepada makcik yang telah menolong anaknya..
Amat menyedihkan kerana berita terkini melaporkan kanak-kanak yang dilanggar telah pun meninggal dunia . Berita sedih ini telah menjadi topik hangat yang dibualkan di seluruh dunia. Dimana perginya sifat prikemanusiaan mereka yang melanggar kanak-kanak yang tidak berdosa ini???