Thursday

Perjalanan yang masih jauh

Hari semakin hari kita semakin dewasa. Meniti arus dari zaman ke zaman. Zaman kanak2, ke zaman sekolah , kini zaman pekerjaan dan yang akan datang dan dekat sekali menamatkan status bujang. Bila memikirkan hutang beljar yang masih keliling pinggang. Mati la yob, mana nak cari duit banyak-banyak, nak pinang anak dara orang.

Bila di tanya kawan aku yang masih bujang lagi , pasti semua akan menggeleng kan kepala. Duit hantaran sekrang semakin mahal. Banyak yang tak perlu daripada yang perlu. Sebab itu lelaki sekarang masih memilih untuk  membujang dan membina kerjaya. Namun yang menjadi masalah adalah wanita juga yang akan terpaksa menunggu. Ibu bapa wanita yang sudah bekerjaya namun masih tidak mempunyai calon suami, pasti akan dileteri ibu bapa mereka. Terpaksa tahan telinga bila balik kampung, jiran tetangga pulak mula menyibuk mengumpat anak dara orang lain tak laku.

Tidak dinafikan ada juga lelaki yang mampu untuk mendirikan rumah tangga setelah setahun bekerja. Mungkin rezeki mereka. Namun aku percaya, jika jodoh kita sudah ditakdirkan dan sudah sampai seru untuk berkahwin. InsyAllah akan mempermudahkan urusan kita. Namun, bagi aku adalah perjalananku masih lagi jauh, masih bayk lagi yang harus aku kejar. Tapi, aku percaya kita perlu merancang sebaik2nya perjalanan hidup kita agar kita sendiri mencapai aa yng kita hajatkan. Dunia dan akhirat perlu seimbang.

Sebb itu aku kata perjalanan hidup ini masih jauh kerana masih ada satu alam yang menunggu kita.

3 comments:

  1. Buatlah perancangan terbaikkk dari sekarang. Moga Allah memberkati & merahmatimu selama nye

    ReplyDelete
  2. afro: baiklah..
    chenta eyfa; terima kasih

    ReplyDelete