Friday

Mercun mercun mercun

Bila sebut pasal raya makin dekat, budak2 akan suka. Bukan setakat memiliki baju baru dan tidak perlu berpuasa, mereka juga suka kerna bermain mercun adalah aktiviti wajib. Semakin kuat bunyi mercun, maka kuatlah mereka berbalas membaling ke arah kawan.

 Pada zaman kanak2 , saya sempat juga bermain mercun, namun mercun yang saya main hanyalah mercun batik yang letupan tidak sekuat mercun pada zaman sekarang. Namun peristiwa mercun yang meletup di tapak tangan saya membuatkan saya terus insaf untuk bermain mercun. Saya bernasib baik kerna saya sempat melepaskan mercun tetapi masih meletup dekat dgn jari saya dalam jarak 2 cm. Letupan itu membuatkan tgn saya bengkak seminggu. Namun saya bernasib baik kerna tgn saya tidak menjadi tgn seperti dibawah.

Sekian,..

1 comment: