Esok genap umur aku 24 tahun. Semakin matang rasanya bila aku memikirkan apa perancangan masa depan.Aku memikirkan samada mana yang lebih penting KERETA ATAU RUMAH ?
Jikalau ditanya kepada org lelaki sebaya aku, ramai yang akan memilih kereta daripada rumah. Darah muda la katakan, pasti mahu yang memandu kereta idaman .Namun realitinya , rumah sepatutnya menjadi pilihan pertama. Kerana ianya merupakan satu jaminan di masa hadapan. Keduanya, perempuan suka sekiranya anda mempunyai satu jaminan.. Dan sebuah rumah adalah satu jaminan di masa hadapan anda.
Namun kita harus bijak dalam memilih rumah yang ingin kita miliki.
1. Pertama , kita perlu bijak mengetahui lokasi dimana kita ingin membeli rumah. Sebagai contoh, sekiranya kita mahu hidup di bandar besar, kita perlu memastikan kita mempunyai kewangan yang stabil.Selain itu , sekiranya kita berhasrat ingin menjual semula hartanah pada masa hadapan, dicadangan agar membeli rumah di tengah bandar kerna harga di situ akan meningkat dalam masa jangka pangjang.
2. Jangan sesekali terpengaruh dengan spekulasi-spekulasi harga hartanah yang di buat supaya menarik anda membelinya.
3. Perlu menyelidik pemaju-pemaju hartanah supaya kita mendapat jaminan agar rumah kita tidak menjadi projek GAJAH PUTIH
4. Akhir sekali, sila pastikan anda mendapatkan pelan pembayar daripada bank.
Sekain terima kasih
No comments:
Post a Comment