Wednesday

Best sgt ke minum Arak?

 

Bagi penggemar beer ataupun liquor ? Ramai akan cakap YESSSS... dan percaya atau tidak , didalam yang kata YESSS itu terselit manusia yang didalam IC nya ISLAM. Minum arak bg mereka salah satu cara untuk berhibur dan melepaskan strees dan tension. Saya pernah melihat dihadapan mata saya sendiri , dengan bangganya seorang lelaki Melayu Beragama ISLAM , meminum arak sebelum kedatangan Bulan Ramadhan. Walaupun di pelawa oleh bos untuk minum, FREE pulak tu. Saya katakan tidak, sebagaimana saya katakan tidak untuk rokok. Free pun, boleh buat amalan puasa saya tak terima selama 40 hari. Silap-silap hari bulan buat penat sahaja puasa.

Saya teringat kata Wardina didalam wawancara tv3, manusia tidak akan puas mencari keseronokan , mereka akan cari keseronokan setiap hari. Realiti nya mereka semakin jauh dari landasan yang benar. Keseronokan mereka cari hanya bersifat sementara. Kerana keseronokan yang kekal abadi hanyalah kepada Allah S.W.T.

Ada 3 sebb kenapa kita perlu tolak ARAK(pendapat aku)
1. Arak haram disisi Agama Islam.,didalam AL-quran jelas mengatakan haram.
2. Arak boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
3. Arak adalah ibu segala maksiat. KENAPA? dari arak , kamu boleh menjadi perogol dalam keadaan tidak sedar. Kamu boleh meninggalkan solat kerana mabuk, Kamu boleh melakukan penzinaa , dsb.

So, kat Anak muda khususnya yang beragama Islam, Jauhi arak kerana sekali sentuh, pasti akan membinasakan anda.


Sekian, terima kasih




No comments:

Post a Comment