Thursday

Bila anak anda nakal???

Pagi ini sebelum saya pergi kerja. Saya terdengar seorang ayah memarahi anaknya yang tidak mahu kesekolah. Lebih kurang bergini perbualanya


Ayah: Ko nak jadi apa ni. Tak nak pergi sekolah.
Anak: Tak nak la ayah. Kawan selalu pukul.
Ayah; Ke ko yang pukul kawan2 ko? Sampai cikgu bagi laporan macam ni.
Anak; Mana ada. Aiman yang mula dulu.
Ayah: Tengok tu. Melawan eh apa yang ayah cakap. Ayah hantar pergi sekolah untuk jadi pandai. Bukan pandai menjawab.
Anak:Ala tak yah pergi sekolah pun boleh pandai..
Ayah: Ooooo... pandai eh . 25+28 berapa?
Anak : Ala banyak sangat. Mana boleh kira. (sambil congak tangan)
Ayah ; Haaah, banyak la sangat. Tadi kata dah pandai. Ayah hantar sekolah supaya senang untuk belajar. Cara senang untuk kira. Bukan hanya pandai bagi ALASAN.
Anak: Mana ada. Tak menjawab pun.


Bila terdengar dialog ni, saya rasa kanak-kanak zaman sekarang lebih mencabar untuk didik. Zaman generasi Z , semakin berani membantah terang-terangan. Sebagai ibu bapa, mereka harus bijak untuk menangani  masalah ini. Mereka harus bersedai mental dan fizikal untuk mengahdapi masalah ini. Zaman generasi x sudah lama berlalu. Zaman generasi Y yang lebih mudah dipengaruhi oleh anasir2 luar sedikit sebanyak membentuk tingkah laku anak-anak generasi Y.




:Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.
1. Banyakan berdoa kepada Allah s.w.t , agar dibukakan hati  anak mereka kepada berubah
2. Kenali personaliti diri anak kita , dengan siapa mereka bergaul
3. Selami jiwa perasaan anak kita dengan mereka sebagai rakan baik mereka.
4. Sentiasa bertemu dan mengenal siapa guru mereka.
5. Memantau perkembagan anak kita dari semasa ke semasa. Banyak kerja bukan penyebab alasan anda tidak mahu mahu ambil berat.


Sekian sahaja. Terima kasih


1 comment: