Sunday

Graduan mengikis duit lelaki

LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.

mereka merupakan graduan universiti
namun mereka 
sanggup mengadaikan maruah mereka
sebab apa ?
jom kita baca testimoni mereka
bukan gambar sebenar

LALA, 24:


“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.



‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi. 



Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.



Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram. 



Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.


Persoalannya, adakah wang yang anda gunakan untuk memulakan perniagaan halal? Bukankan daging yang haram dari rezeki yang haram akan dibakar didalm api neraka. 





LIYANA, 25:



“SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan ‘menjual’ pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.



Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah.



Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks. 



Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya.



Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun.



Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan,” katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu.

Jelas masih ada yang tertipu, tak tahan dengan godaan sehinga tanpa berfikir panjang , memasukan duit ke dalam akaun gadis ini. Jwapan yang terbaik untuk lelaki gersang. NIKAH ADALAH JAWAPN TERBAIK

3 comments: