Friday

Berita baik kepada semua pelajar IPTA BILA PTPTN di ganti dgn biasiswa..


Berita baik hanya mereka yang melanjutkan pengajian ke sarjana muda di UTM PADA 2020. Sediit kecewa bila dapat tahu biasiswa hanya untuk pelajar UTM sahaja. Ini terbukti bahawa PTPTN layak untuk diganti dgn biasiswa pada masa akan datang. Segalanya tidak mustahil , mungkin ini adalah langkah pertama sebelum PTPTN diganti sepenuhnya dengan Biasiwa. Marilah kita semua berdoa agar anak cucu kita dapat menikmati biasiswa dan TIDAK kepada PTPTN.



KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kesemua pelajar peringkat sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak lagi perlu bergantung kepada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meneruskan pengajian mereka pada masa depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana UTM menyasarkan untuk memberikan biasiswa bagi kesemua pelajar peringkat sarjana muda bermula pada 2020.
“Dengan adanya Tabung Endowmen UTM ini, ia akan dapat mengurangkan bebanan kerajaan bagi menyediakan pinjaman kepada mahasiswa yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi seperti yang dilakukan oleh PTPTN ketika ini.
“Strategi mewujudkan Tabung Endowmen UTM sudah tentu akan menarik lebih ramai mahasiswa terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti ini,” katanya ketika berucap merasmikan Tabung Endowmen UTM di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali dan Naib Canselornya, Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang.

sumber dari utusan online

4 comments: