Monday

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam - Malaysiakini


Setelah berapa dekat masih juga tiada definisi khusus bagi ketuanan melayu. Lebih baik diadakan satu konvenseyen untuk menerangkan takrif ataupun definisi sebenar bagi ketuanan melayu bagi megelakkan salah faham dan di jadikan alat politik. Ternyata perkataan ini amat sensitif bagi orang Melayu, bahkan bukan Melayu sahaja sensitif malahan setiap orang di MALAYSIA pasti akan merasa gusar. Perkara ini haruslah dibincang pada peringkat tertinggi , dari Raja-raja Melayu, sistem perundangan, para pemimpin dan sampai ke rakyat jelata.
Satu penerangan yang terperinci harus diberikan agar golongan pada masa akan datang tidak tersalah tafsir , dan bakal menghuru harakan Malaysia dikemudian hari. Saya percaya golongan muda jika ditanya tentang ketuanan Melayu pasti akan memberi pelbagai tafsiran. Perkara ini harus dielakan agar kita tidak terleka dan mudah dipergunakan oleh sesiapa pun.

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam - Malaysiakini

1 comment:

  1. adakah anda setuju skiranya ianya ditukar kepada kedaulatan melayu?

    ReplyDelete