Friday

Koleksi gambar peribadi artis Hollywood yang di godam

spe yang klik ni mesti gatal.. hahaha

Berita sedih untuk semua pemegang ijazah perakaunan tempatan

Esok, Sabtu, 15 Oktober 2011 jam 9.30 pagi di Ballroom 3, Level 1, Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1,Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Institut Akauntan Malaysia (MIA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Lima Tertangguh bagi meluluskan usul yang di cadangkan oleh anggota-anggotanya. Antara usul yang menarik perhatian adalah usul di bawah :
USUL 1:
“IT IS PROPOSED THAT steps be taken to enable the Section 15 of the Accountants Act 1967 (the Act) to be amended in line with the government Economic Transformation Programme (ETP) roadmap which requires new members to hold a recognized professional qualification before being admitted as Chartered Accountants by mid-2012.”
Sekiranya usul ini diluluskan, nampaknya graduan ijazah perakaunan dari universiti-universiti di Malaysia perlulah mendapatkan kelulusan professional terlebih dahulu sebelum boleh diterima menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia.
Jadi, universiti-universiti tempatan tidak perlu lagi meneruskan program Ijazah Perakaunan di fakulti mereka kerana ia tidak membantu pelajarnya untuk diiktiraf sebagai akauntan di negara ini.
Persoalannya, perlukah universiti  tempatan menawarkan program professional perakaunan sepenuhnya memandangkan program Ijazah Perakaunan yang ditawarkan memerlukan pelajarnya menyambung program professional untuk diiktiraf sebagai “Chartered Accountant” di negara ini atau perlukah mereka mewajibkan pelajarnya turut menghabiskan program professional sebelum mereka layak mendapat ijazah perakaunan dari universiti terbabit dan membolehkan mereka diiktiraf.
Tidak cukupkah usaha yang dilakukan oleh universiti-universiti tempatan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk memartabatkan program-program ijazah yang dijalankan di dalam Negara setanding dengan ijzah dari luar Negara dan juga kelulusan professional.
Sekiranya kita sendiri tidak mengiktiraf produk kita, bagaimana kita hendak mengharapkan negara lain mengiktiraf produk kita?
Mungkinkah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang kita akan melihat bilangan akauntan daripada kalangan mereka yang berlajar di universiti tempatan yang majoritinya adalah Bumiputera akan turun secara mendadak kerana untuk memperolehi kelulusan professional mereka perlu menyambung pengajian mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi.
Institut Akauntan juga mungkin perlu melihat tujuan asal Seksyen 15 Akta Akauntan 1967 yang mengiktiraf graduan perakaunan dari universiti tempatan di mana mereka boleh menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia dan diiktiraf sebagai “Chartered Accountant” setelah memperolehi 3 tahun pengalaman praktikal yang ditetapkan.
Apa-apa pun, bergantunglah kepada undian-undian yang akan dibuat oleh ahlinya esok. Sekiranya ia diluluskan, kita tunggu dan lihat sahaja kesannya nanti.
Surat Pembaca Dihantar Oleh: Suhaida Ahmad