Bila teringat di bulan Ramadhan ni , aku akan teringat balik kisah" hilang Hp". Semasa belajar di universiti dahulu dan tinggal di kolej. Aku dituduh mencuri hp member sendiri bila aku dilihat org yang paling last sekali masuk bilik kawan aku. Niat hanya ingin mengambil papan untuk mengantikan papan katil aku yang patah mengundang benda yang tak di ingini.Aku cuma masuk ke dalam bilik kawan aku dgn seorg lagi member , kebetulan aku masuk waktu sahur , dimana kawan2 suma tgh baru je nak masuk tido . Aku sempat menegur kawan aku yang baru sahaja nak masuk tido, kebetulan kawn aku lagi seorang masuk menyusul. Tanpa menunggu kawan aku yang baru menyusul ni keluar, aku terus sahaja angkat papan dan berlalu pergi. Tak perasan samada kawan aku yang baru masuk ni keluar sama dgn aku atau tidak. Sebb aku pun masuk tidor balik.. Almaklumlah ngantuk jugak.
Kessokan harinya, aku terdgr kecoh2 bila kawan aku telephone menyuruh aku balik segera ke bilik. Waktu itu memang sudah penuh bilik , seolah aku dah masuk mahkamah dah. Lum apa2 lagi dah kena tuduh, tanpa dibuktikan dgn bukti yang kukuh. Gagal membuatkan aku mengaku, pelbagai ancaman di buat sampaikan kawan-kawn diluar nak dipanggil untuk memukul aku. Time tu memang dah tak ingt apa, ingat Mak bapak , nak habiskan belajar on time. Punya la berat kepala ni dgn belajar , leh pulak dtg masalah ni. Aku ni bukan jenis minat hp sgt, sampai nak curi2. Baru dituduh dah di lihat mcm pencuri betul. Sedih bila kawan- kawan pandang semacam. Lebih sedihnya lagi , member yang hilang hp sanggup mintak tolong dgn bomoh di waktu Bulan Ramdhan bila dipengaruhi rakan-rakan lain. Bila gambaran pencuri itu sebiji mcm aku, lagi bertambahlah prasangka mereka.Sampai mintak air yassin yang dibaca oleh Sembahyang pun tak cukup(ni budak bilik aku cakap).
Tiap-tiap hari berdoa agar pencuri memulangkan balik hp tu balik. Alhamdulillah, doa diperkenankan. Malangnya apabila hp dah dipulangkan pun, ada segelintir kawan-kawan yang pandang serong kat aku. Aku sedar aku bukan anak org kaya, tapi mencuri harta benda bukan tabiat aku. Sehina-hina aku, takder aku nak curi harta benda kawan2.
Banyak pengajaran yang aku dapt dari pengalaman ini. Jgn cpat prasangka kat org tanpa bukti yang kukuh. Bila kita tuduh, kita menjatuhkan hukuman tanpa bukti yang sahih. Orang yang tak bersalah mcm aku jadi mangsa. Aku tak nak tuduh sesiapa yang curi , aku pun tak bukti nak tuduh sesiapa. Aku minta maaf kalo aku siarkan cerita ini , ada pihak terasa. Kisah ini lama aku pendamkan, dan akan jadi sejarah dlam hidup aku. Sempana bulan Ramadhan ni, aku maafkan sesiapa yang tuduh aku dulu...sekian
No comments:
Post a Comment