
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
sumber dari METRO
Perbuatan ini bukan sahaja memalukan orang segamat malah menjatuhkan maruah para penoreh getah di Segamat. Perbuatan pelanggan yang sanggup beratur untuk layanan seks yang diberikan, menunjukan betapa cetek dan jahilnya mereka. Perbuatan ini bukan sahaja tidak bermaruah tetapi keji dan patut dijauhi. Mereka haruslah bertaubat dan menjauhi perbuatan terkutuk ini. Syabas kepada pihak berkuasa kerna berjaya menghlang aktiviti daripada terus berlaku.
gila diaorg niihh, Tuhan baru bagi rezeki lebih sket dah lupaa Tuhan...
ReplyDeletenak buat camner, da nak kiamat
ReplyDelete