Sunday

kejatuhan dan kecemerlangan seseorang lelaki bergantung kepada WANITA???

Agak menarik tajuk yang ingin dibincangkan hari ini. Peranan seorang wanita dalam menentukan kejayaan dan kejatuhan seseorang lelaki sangat besar. Peranan mereka bukan sahaja sebagai penasihat, tempat mengadu masalah, pemberi motivasi, pengikut yang setia dan lebih tepat untuk dikatakan bahwa wanita itu adalah tulang belakang seseorang lelaki.


Sejarah membuktikan tokoh-tokoh besar seperti Saidatina Khadijah merupakan isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w yang sangat setia dan berada disisi baginda ketika susah dan senang. Kata-kata semangat yang disuntik oleh Saidatina Khadijah kepada baginda ketika baginda merasa takut selepas menjadi NABI kepada kaum Quraisy membuatkan Nabi Muhammad s.a.w terus berjaya dalam berdakwah. 


Selain itu tokoh pada hari ini seperti Tun Dr. Siti Hasmah yang begitu teguh berdiri dibelakang Tun Dr. Mahathir dalam menasihatkan mantan Perdana Menteri yang keempat . Tun Dr. Siti Hasmah yang bukan calang-calang wanita , beliau merupakan wanita Melayu pertama yang berjaya melanjutkan King Edward VII College of Medicine in Singapura. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang menjadi doktor. Tidak dapat dinafikan , sumbangan beliau kepada kecemerlangan Tun Dr. Mahathir selama ini. 


Tidak dapat dinafikan wanita juga mampu menjatuhkan seseorang lelaki dari kuasanya. Sebagai contoh, Monica Lewinsky berjaya menumbangkan Presiden Bill Clinton, Mata Hari berjaya menumbangkan Hitler yang berada diatas kemuncak kuasanya. Begitu besar sebenarnya peranan seorang wanita dalam menentukan kejayaan dan kejatuhan seseorang lelaki. 


Jika anda adalah wanita , wanita bagaimanakah anda??


p/s ini adalah pendapat penulis, tidak berniat untuk membandingkan mana-mana wanita, jauh sekali untuk menyeleweng atau mempengaruhi pemikiran anda. tq... 



No comments:

Post a Comment