Kesan kenaikan harga rokok yang tinggi tidak dapat menghalang para perokok tegar untuk berhenti merokok malah ada yang sanggup membeli rokok seludup . Malah ada yang mengangap ianya adalah lambang kemewahan dan kemachoan seorang lelaki. Para perokok yang mampu untuk menghisap rokok dunhill , winston dianggap ada kelas sebab mampu bli. (ini budak2 kecik tempat aku cakap)..huhuh. maybe dah takder duit kot. Biasanya yag hisap rokok murah akan cakap (tgh sengkek).
Posting ni bukan nak puji atau kutuk orang hisap rokok cuma nak ingatkan mereka betapa bahayanya menghisap rokok.Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan
cuba la letak gambar mcam ni kat depan kotak..
style tak..
ataupun gambar yang mcam ni,,, konfirm, pikir dua tiga kali..letak besar2..
No comments:
Post a Comment