Friday

AMARAN KERAS KEPADA SEMUA PELAJAR UITM SEGAMAT DAN KAKITANGAN DARIPADA VC





Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi amaran kepada semua pelajar dan kakitangan akademiknya supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan parti politik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bermula hari ini. Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut Akta UiTM 1976 (pindaan 2006) atau akta lain yang bersesuaian.


Terdapat pengecualian kepada pelajar dan pensyarah,walaupun  dilarang terbabit dalam kempen parti di Tenang, jika secara kebetulan mereka pemilih berdaftar dalam DUN berkenaan, mereka masih boleh mengundi pada 30 Januari ini. 
“Pelajar yang berusia lebih 21 tahun dan sudah berdaftar sebagai pemilih, boleh mengundi kerana itu hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun pelajar atau pensyarah tidak boleh terbabit dalam politik kepartian di luar kampus tanpa kebenaran universiti,” katanya. 



APA-APA PUN SEMOGA PERJALANAN PROSES PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR. AMIN

No comments:

Post a Comment