Friday

isu jambatan bengkok di TAMBAK JOHOR

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru ke Singapura tidak akan melibatkan implikasi undang-undang jika ia menggunakan kaedah ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia kerana model ‘jambatan bengkok’ itu langsung tidak mendapat bantahan daripada republik itu.
Beliau turut percaya keyakinan rakyat Johor yang marah sehingga menyerahkan enam kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pembangkang pada pilihan raya 2008 akan dapat dikembalikan dengan pembinaan jambatan baru. -


sumber utusan


benda ni dah lama, dari Almarhum Sultan Iskan


dar hinggalah ke Sultan Ibrahim , banyak gesaan supaya jambatan yang lama di roboh dan diganti yang baru. Kami sebagai rakyat Johor rasa perkara ni perlu dipandang berat oleh Pemimpin sekrang. Apapun kita tunggu lah DS Najib umumkan nanti

Walaupun kos nyer tinggi tetapi ianya akan menjana keutungan yang tinggi terhadap ekonomi orang johor . Sebagai contoh dari segi perlancongan apabila banyak kapal pelayaran dapat belayar tanpa melalui singapura. Isu kebersihan dapat diselesaikan sehinggakan ikan pun tak mampu nak hidup disitu kerana terlampau kotornya dan buruk kualiti airnya.

1 comment:

  1. terdapat kesalahan ejaan yang tak disengajakan..heheh. sori

    ReplyDelete