Saya melihat suara melayu sekarang mula bangkit dengan penubuhan Perkasa(ngo yang memperjuangkan hak melayu). Dahulu saya melihat bahawa suara orang melayu seperti lesu di bawa arus. Cuma baru-baru ini dengan adanya suara baru ngo ini. Maka ianya tidak lain tidak bagi melahirkan rasa tidak puas hati rakyat melayu khususnya terhadap kerajaan agar lebih peka terhadap orang Melayu. Tujuan saya menulis ini bukan mahu mengangkat PERKASA semata2. Tetapi cabaran dan tuntutan yang sepatutnya diberikan kepada orang Mealyu adalah penting.
Mungkin sudah timbul kurang senang dikalangan orang Melayu akan hilang kuasa. Saya ingin menasihatkan, untuk memastikan orang melayu terus berkuasa, kita haruslah bersatu padu dan berkerjasama. Sudah tiba masanya kita bersatu dalam hal ekonomi setidak-tidaknya . Mengapa saya katakan demikian? jawapanya mudah. Cuba bayangkan jikalau ekonomi negara ini, Melayu yang pegang. Bukankah lebih mudah untuk kita menguruskan yang lain. Tidak akan timbul bahawa ada lagi orang melayu miskin, soal ekuiti bumiputra, biasiswa jpa, kemasukan ke universiti yang selalu dimainkan oleh orang bukan Melayu. Tentu akan terbit persoalan di kalangan pembaca, BAGAIMANA HENDAK MENGKAYAKAN ORANG MELAYU???
Tentu anda tertanya-tanya, apa formula yang harus digunakan untuk mengkayakan orang melayu.
Pertama, amat penting bagi orang melayu untuk bertindak membeli buatan orang Melayu. Kerana setidak-tidaknya , kita mampu membentuk jaringan industri dikalangan industri Orang melayu. Cuba anda fikir, dari sekecil-kecil benda contohnya ubat gigi sampai la benda yang besar seperti rumah(pemaju rumah) , adakah semua orang Melayu yang buat? Orang melayu yang buat? Keuntungan dari hasil jualan pergi kepada siapa?
Saya rasa disinilah peranan Ngo Melayu untuk menyedarkan orang Melayu untuk membantu orang melayu itu sendiri. Kita tidak boleh berlari kesana kesini untuk menjerit tentang hak Melayu sedangkan banyak lagi aspek untuk dibantu. Saya mengharapkan Ngo-Ngo Melayu meluaskan peranan agar di lihat lebih ideal dan dapat di terima oleh masyarakat.
No comments:
Post a Comment