Wednesday

korek telinga

Berapa kali anda korek telinga kali seminggu? maybe agak pelik isu yang saya cuba tulis pada hari ini. tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah tentang isu kekeluargaan yang semakun terhakis. Saya berminat untuk post ini apabila kawan saya cerita ayah beliau masih mengorek telinga beliau walaupun beliau sudah 23 tahun. Bukan beliau sahaja tetapi seluruh adik beradik beliau pun sama. Agak tersentuh saya memikirkan apabila seorang ayah sangup buat sedemikian, walaupun ayah beliau seorang yang berjawatn tinggi didalam kerajaan. Tinggi jawatan macam mana sekali pun, keluarga perlulah diutamakan. Saya teringat pepatah " KALAU MAHU LIHAT MACAM MANA KEPIMPINAN SEORANG LELAKI ITU, LIHATLAH BAGAIMANA DIA MENGURUSKAN RUMAH TANGGANYA"





Saya bukan ingin memanjang isu korek telinga ini tetapi saya mahu menekankan isu hubungan kekeluargaan yang mula terhakis dikalangan generasi masa sekarang. Statistk menunjukan semakin tahun semakin banyak kewujudan pusat penjagaan rumah orang tua-tua. Saya berasa kesal seolah-olah kekayaan dikejar pada zaman ini sehingga membelakangkan adat dan tatasusila orang melayu dan tangungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Saya bukan ingin menuduh atau menyalahkan sesiapa tetapi apabila kita membelakangkan norma-norma kemanusiaan yang harus ada pada seorang anak. Mungkin tidak hairan apabila kes buang bayi semakin meningkat seolah-olah manusia sudah tidak mempunyai harga diri dan hati perut.



p/s : menjadi tanggungjawab saya untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan agar manusia dapat mengatasi gejala sosial yang semakin parah.

No comments:

Post a Comment